Translate

Wednesday, April 8, 2026

Modal melabur RM205,000 lesap

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KEMAMAN – Seorang pengurus ladang terkedu apabila wang simpanannya berjumlah RM205,983 lesap begitu sahaja akibat terperdaya skim pelaburan tidak wujud. 

Lelaki berusia 56 tahun menye dari tertipu apabila tidak mendapat pulangan dijanjikan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini kelmarin. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, mangsa pada mulanya tertarik dengan tawaran skim pelaburan tersebut yang diterimanya menerusi media sosial. 

“Dia kemudiannya membuat pelaburan pertama berjumlah RM5,000 pada 4 November lalu. “Hasil pelaburan itu membolehkan mangsa memperolehi pulangan sulung sebanyak RM4,708.50. Ia membuatkan dia seronok dan menambah pelaburan baharu dengan harapan mendapat pulangan lebih lumayan,” katanya di sini semalam. 

Wan Muhamad berkata, pengurus ladang berkenaan mengeluarkan wang simpanannya berjumlah keseluruhan RM205,983 sebagai modal pelaburan yang dibayar secara berperingkat sehingga 12 Disember lalu. 

Tambah beliau, pelaburan itu dimasukkan ke dalam lapan akaun berbeza menerusi 12 transaksi. 

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihat berwaspada dengan taktik penipuan yang kini banyak terdapat di media sosial,” katanya.

No comments:

Post a Comment