Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA, MOHD. AZLI ADLAN, NORLIDA AKMAR IDROS, ROHANA ISMAIL, WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI, NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRUL dan NOR AINNA HAMZAH
PETALING JAYA -Situasi banjir di seluruh negara semakin memburuk apabila beberapa lagi buah negeri mula merekodkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Setakat pukul 5 petang semalam, sembilan negeri telah dilanda banjir Monsun Timur Laut (MTL) dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi mangsa yang berpindah laitu 69096 orang daripada 21,643 keluarga.
Selain Kelantan, negeri-negeri lain yang turut terjejas lalah Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Peris, Selangor, Johor, Perak dan Melaka.
Di Kelantan, sebanyak 10 dae rah di negeri itu dinaiki air dengan Pasir Masserta Tumpat men jadi kawasan paling terjejas.
Seramai 22,486 penduduk dari 7763 keluarga di Pasir Mas telah dipindahkan ke 56 PPS, manakala Tumpat mencatat seramal 10,806 mangsa banjir.
Selain itu, beberapa jalan d daerah Tanah Merah turut ditutup kepada semua kenderaan sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, antara jalan persekutuan yang ditutup ialah Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Kilometer 0km) 74 sehingga km 8.4.
Bagaimanapun, di Kuala Krai, lapan jalan utama yang sebelum ini ditutup telah mula dibuka kepada semua kenderaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, jalan yang dibuka ialah Jalan Kota Bharu-Gua Musang Seksyen 328.2 berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungal Durian dan Jalan Kota Bharu-Gua Musang Seksyen 327.3.
Di Terengganu, bencana banjir terus memburuk apabila jum lah mangsa yang dipindahkan meningkat mendadak melebihi 21,000 orang Besut masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 10,352 mangsa daripada 2,784 keluarga di 100 PPS diikuti Setiu dengan 4,451 mangsa (1,224 keluarga) di 46 PPS.
Di Kedah, kejadian banjir di enam daerah di negeri ini dianggap antara yang terburuk pernah berlaku sejak lima tahun lalu. la susulan banyak kawasanyang tidak dinaiki air sebelum ini turut terjejas.
Sehingga petang semalam,seramai 5,701 mangsa daripada 1,715 keluarga telah dipindahkan ke 43 PPS di daerah Padang Terap, Kubang Pasu, Kota Setar, Sik,Pokok Sena dan Kuala Muda.
Seorang mangsa, Nor Amiza Ahmad Shukri, 42, yang tinggal di Kampung Semeliang, Kuala Nerang, berkata, dia hanya menyedari air masuk ke dalam rumah pada pukul 8 malam kelmarin dan ketika itu hanya paras buku lali.
Sementara itu di Negeri Sembilan sebanyak 20 PPS di empat daerah di negeri ini mula dibuka semalam membabitkan 1,827 mangsa.
Empat daerah yang terlibat ialah Tampin (1,337 mangsa).Kuala Pilah (224), Jempol (248) dan Port Dickson (18).

No comments:
Post a Comment