SETIU – Seramai 30 pelajar Management and Science University (MSU) Kampus Kota Bha ru mengambil inisiatif mengecat semula Rumah Botol yang meru pakan salah satu tarikan pelan congan di daerah ini.
Pegawai Hal Ehwal Pelajar MSU Kampus Kota Bharu, Wan Kamarul Nizam Wan Mohamed berkata, premis yang merupakan galeri menyimpan puluhan ribu botol beraneka jenis itu dicat baharu bagi menambah keceriaan, sekali gus menarik lebih ramai lagi pengunjung.
“Lawatan kami sebelum ini mendapati cat dinding kayu Ru mah Botol sudah lama dan sedikit pudar.
“Sehubungan itu, kami menawarkan diri untuk mengecat semula premis pelancongan tersebut secara percuma,” katanya di sini semalam.
Katanya, pelajar-pelajarnya mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk menyiapkan kerja kerja mengecat tersebut.
Ujarnya, dia berharap lebih ramai akan mengunjungi Rumah Botol dan bergambar berlatar belakangkan premis itu yang kini lebih berwarna-warni selepas ini.
“Projek komuniti ini juga mendidik pelajar-pelajar kami untuk mendekati dan menyelami kehidupan masyarakat,” katanya

No comments:
Post a Comment