Translate

Thursday, November 27, 2025

Pesara mahu cepat kaya rugi lebih RM300,000 akibat ditipu

 KEMAMAN - Seorang pesara berputih mata kerugian RM301,350 akibat diperdaya skim pelaburan tidak wujud yang didalangi oleh satu sindiket penipuan,

Lelaki berusia 51 tahun yang bersara awal tersebut telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata, pada mulanya, lelaki berkenaan tertarik dengan  iklan pelaburan saham berkenaan yang dilihatnya di dalam laman Facebook pada 13 Julai lalu.

"Mangsa kemudianya menyertai skim pelaburan tersebut dengan modal keseluruhan RM301,350.

"Ia dibayar secara berperingkat menerusi 14 transaksi ke dalam lima akaun bank berasingan antara 16 Ogos hingga 2 Oktober lalu," katanya.

Wan Muhamad berkata, lelaki itu akhirnya sedar dia sudah tertipu apabila tidak memperoleh apa-apa pulangan daripada pelaburan tersebut.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment