Translate

Saturday, November 29, 2025

Rakyat diseru pertahan keamanan

 

Oleh JAMLIAH ABDULLAH, NORHAFIZAN ZULKIFLI, ABDUL RAZAK IDRIS, MOHD. AZLI ADLAN dan ASLIZA MUSA

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah agar keamanan dan perpaduan yang dikecapi negara ketika ini adalah nikmat besar yang perlu disyukuri serta dipertahankan rakyat. 

 Baginda menyeru agar seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang terus memelihara keharmonian di samping saling menghormati antara satu sama lain.

 “Dalam arus dunia yang serba mencabar ini, umat Islam sedang berdepan dengan pelbagai ujian baik dari aspek moral, sosial, ekonomi mahupun ideologi.

 “Maka, menjadi tanggung jawab kita semua untuk memperkukuh jati diri, memperkasa institusi keluarga serta memben tuk generasi muda yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia. 

 “Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi titik mula kepa da kebangkitan semangat baharu dalam kalangan umat Islam di negeri ini untuk kembali kepada nilai-nilai murni Islam yang sebenar dan terus istiqamah mene ladani Rasulullah dalam setiap aspek kehidupan,” titah baginda. 

 Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Ta hun 1447 Hijrah/2025. Di Kuantan, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah kan agar rakyat menjunjung prinsip keadilan dalam segenap urusan demi keamanan negara.

 “Sejarah Islam membuktikan keadilan merupakan tonggak perpaduan apabila Rasulullah sendiri memimpin masyarakat Madinah yang berbilang agama dengan penuh hikmah melalui Piagam Madinah.

 “Saya menyeru para pemim pin, ulama, penguat kuasa dan rakyat jelata supaya menjunjung keadilan dalam segenap urusan. 

 “Tanpa keadilan negara akan berpecah, tanpa kasih sayang, masyarakat akan rapuh. Islam datang sebagai rahmat untuk semua, bukan sekadar untuk satu bangsa atau kelompok,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Kuantan semalam. 

 Keberangkatan baginda turut diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. 

 Di Ipoh, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah mengingatkan perjanjian yang dipersetujui ketika negara mencapai kemerdekaan tidak diper soalkan sewenang-wenangnya. 

 Titahnya, tindakan itu boleh menjejaskan sikap saling mempercayai antara satu sama lain selain diburukkan lagi oleh retorik politik yang mengeksploitasi isu kaum dan agama hingga menyalakan api perselisihan.

 “Kemerdekaan tanah air diperoleh secara rundingan dan diplomasi melalui kebijaksanaan dan sifat pragmatisme Al marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

 “Beliau melaksanakan run dingan dengan berlapang dada dan bersangka baik demi membangunkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, menganut pelbagai agama, me warisi pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

“Kesemuanya diberikan te pat serta jaminan perlindungan yang saksama sebagai warga dalam sebuah negara merdeka. Tidak ada yang dipinggirkan, tidak ada penyisihan dilakukan,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H di Casuarina@Meru kelmarin. 

 Di Kuala Terengganu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah mencadangkan agar rakyat negeri ini kembali menghidupkan amalan bacaan rawi, marhaban dan berzanji dalam kehidupan seharian. 

 “Amalan yang menjadi kelaziman pada zaman Sultan Terengganu ke-11, Sultan Zainal Abidin III antara 1881 hingga 1918 itu boleh dihidupkan semula secara meluas di masjid, surau, institusi pendidikan dan majlis komuniti. 

 “Mengikut catatan sejarah, pada zaman kesultanan mo yang beta majlis berzikir terma suk bacaan rawi, marhaban dan berzanji telah menjadi amalan yang subur dalam kalangan rak yat negeri ini, khususnya apabila tibanya bulan Rabiul Awal,” titah baginda.


No comments:

Post a Comment