KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mem perkenalkan tiga program baha ru pada sesi kemasukan baharu 2025/2026 kelmarin.
Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mohd. Zamri Ibrahim berkata, tiga program baharu tersebut ialah Sarjana Muda Teknologi Tenaga Boleh Diperba harui dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Elektrik (Tenaga dan Kuasa) dengan Kepujian serta Sarjana Muda Sains Gu naan (Teknologi Maritim) dengan Kepujian.
“Penawaran program-program baharu tersebut selaras dengan keperluan semasa negara.
“Ia dijangka dapat melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang tenaga boleh diperba harui, teknologi elektrik dan maritim pada masa hadapan,” katanya selepas menyantuni pelajar-pelajar baharu di kam pus UMT, Gong Badak di sini semalam.
Seramai 2,105 pelajar baharu termasuk 15 dari luar negara mendaftar masuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Mohd. Zamri berkata, pelajar pelajar antarabangsa tersebut dari dari pelbagai negara termasuk Maldives, India, Indonesia, Bangladesh, Sudan, Tanzania, Timor-Leste dan Kenya.
Beliau berkata, sebanyak 36 program pengajian di bawah tu juh fakulti ditawarkan termasuk tiga yang baharu. D
alam perkembangan berkaitan, Mohd. Zamri berkata, kampus kedua UMT di Bukit Kor, Marang bakal mula beroperasi pada Ahad ini.
“Kampus tersebut akan menempatkan seramai 332 pelajar yang mengikuti tiga program pengajian di bawah Fakulti Sains Makanan dan Agroteknolo gi melibatkan 28 kursus penga jian.
“Segala kemudahan kuliah dan makmal pengajaran di kam pus terbabit telah bersedia sepenuhnya untuk kegunaan pelajar baharu,” katanya.
Mohd. Zamri berkata, kese mua 332 pelajar terlibat akan memasuki kampus UMT Bukit Khor setelah Minggu Jalinan Mesra ber akhir pada Sabtu ini.

No comments:
Post a Comment