PETALING JAYA – Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara diserbu orang ramai semalam yang tidak mahu melepaskan peluang menjelaskan tunggakan saman masing-masing susulan tawaran diskaun sehingga 50 peratus.
Tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai mula mengunjungi pejabat jabatan berkenaan bagi menikmati diskaun ditawarkan bermula seawal pukul 8 pagi.
Rata-rata mereka yang ditemui meluahkan rasa syukur dan menyifatkan inisiatif itu sebagai peluang ‘setahun sekali’ yang bukan sahaja menjimatkan wang, malah mengelak kesulitan pada masa hadapan.
Di Shah Alam, ejen logistik, Mohd. Yusof Othman, 51, berka
ta, dia terus hadir ke kaunter
JPJ selepas mengetahui menge
nai diskaun tersebut walaupun
tempoh penamatan diskaun 30
Disember ini.
“Saya mahu selesaikan saman
kamera perangkap laju di Lebuh
Raya Utara Selatan (PLUS) Behrang. Denda asal RM300, tetapi
hari ini (semalam) saya bayar
RM150 sahaja.
Dalam 20 minit
saja urusan selesai dan penerangan pegawai JPJ pun sangat jelas,” katanya.
Bagi penghantar barang, Amirul Mokhtar, 35, tawaran JPJ
bukan sekadar potongan harga
tetapi tanda keprihatinan kera
jaan terhadap beban rakyat.
“Saya ada dua saman sebab
tak guna lorong motosikal awal
tahun ini. Bila JPJ umum diskaun,
saya terus bayar semua RM300.
Dapat meringankan beban kewangan ketika kos sara hidup semakin tinggi,” jelasnya.
Di Kuala Terengganu, pemandu lori, Muhammad Hanafi
Jusoh, 43, berkata, dia mengambil peluang menjelaskan lima
saman tertunggak berkaitan
kesalahan seperti tidak hadir
pemeriksaan lori dan cukai jalan
tamat tempoh.
“Sepatutnya saya perlu membayar RM1,500 tetapi dengan tawaran baharu ini, saman selesai
hanya dengan RM750,” katanya ketika ditemui di pejabat JPJ
Terengganu di sini semalam.
Sementara itu di Kota Bharu,
seorang pemandu lori yang juga
merupakan orang kelainan upaya
(OKU) fizikal, Muhammad Awang,
36, berkata, dia bersyukur kerana
dapat menjelaskan lapan saman
tertunggak sebanyak RM1,200.
“Saya bersyukur kerana dapat
selesai jumlah saman tertunggak
selepas mengumpul duit selama
enam bulan.
“Saya terpaksa jelaskan semua saman kerana mahu memperbaharui lesen vokasional (GDL)
yang akan tamat tempoh kira
kira dua minggu lagi,” katanya
ketika ditemui Ibu Pejabat JPJ
Kelantan, Panji di sini semalam.
Muhammad berkata, dia hanya membayar sebanyak RM1,200
daripada jumlah asal iaitu
RM2,400 untuk lapan saman atas
kesalahan tidak hadir membuat
pemeriksaan lori, cukai jalan ta
mat tempoh dan tayar lama.
Bagi pemandu lori dikenali
Mohd. Hafizzal, 36, berkata, dia
terpaksa meminjam duit dari
pada rakan untuk menjelaskan
lapan saman JPJ kebanyakan
kesalahan cukai jalan kereta dan
motosikalnya tamat tempoh.
“Saya tiada jalan lain apabila
terpaksa meminjam wang rakan
sebanyak RM1,200 untuk membayar saman tertunggak sejak
lima tahun lalu.
“Saya tidak boleh melepaskan peluang ini kerana potongan
harga yang ditawarkan JPJ sangat
banyak,” katanya.
Di Sungai Petani, Mohd. Firdaus Basir, 24, berkata, dia hadir
seawal pukul 8 pagi ke pejabat
JPJ di sini kerana bimbang terpaksa beratur panjang berikutan
pembayaran saman tertunggak
membabitkan diskaun 50 pera
tus bermula semalam.
“Alhamdulillan proses pembayaran saman tertunggak menggunakan kad debit di kaunter
tidak mengambil masa lama.
“Tidak sampai sejam saya selesai membayar RM150 melalui
potongan diskaun 50 peratus itu
atas kesalahan lesen memandu
telah tamat tempoh,” katanya
yang berasal dari Sungai Lalang
dekat sini.
Bagi pelajar institusi pengajian tinggi, Muhamad Faiz Fitri
Muhamad Zaki, 22, tawaran diskaun saman membantunya melangsaikan tunggakan apabila
hanya perlu membayar RM180
berbanding RM600 nilai saman
sebelum ini.
“Sebagai pelajar, saya amat
bersyukur dengan potongan saman yang diberikan. Saya berharap kerajaan dapat menerus
kan inisiatif tawaran diskaun
saman seperti ini,” katanya.
Bagi penjawat awam, Mahsuri Mokhtar, 43, dia mengambil
peluang tawaran diskaun bagi
menyelesaikan saman sebelum
meneruskan urusan menjual
keretanya.
“Saya nak jual kereta, lepas tu
bila semak rupanya ada saman
yang saya tak perasan. Jadi memang kena selesaikan dulu, dan
bila ada diskaun ini, senanglah
sikit nak bayar,.
“Kerajaan kini lebih cakna,
peka terhadap situasi semasa
rakyat. Mereka cuba bantu dengan cara ini yang memberi kesan
besar.” katanya.

No comments:
Post a Comment