Translate

Tuesday, October 8, 2024

Wanita 71 tahun rugi RM291,200 angkara tawaran kerja palsu

 KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga wanita berusia 71 tahun kerugian RM291,200 selepas menjadi mangsa peni puan tawaran kerja sambilan yang tidak wujud bulan lalu. 

Warga emas yang menetap di Kuala Ibai itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 4.31 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa dipelawa untuk melakukan kerja sambilan tersebut oleh seorang kenalan Facebook pada pukul 9.44 malam, 22 Ogos lalu. 

 “Mangsa tertarik dengan tawaran komisen sebanyak 15 peratus bagi jualan produk oleh suspek berkenaan.

 “Dia hanya perlu memberikan modal bagi mengeluarkan produk yang mahu dihasilkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

 Azli memberitahu, mangsa dijanjikan akan menerima semula modal berserta keuntu ngan termasuk komisen dalam tempoh sebulan. 

Mangsa bersetuju membuat pelaburan berjumlah RM291,200 yang dilakukan menerusi 14 transaksi ke dalam empat akaun bank. 

Wang yang diserahkan kepada suspek itu adalah hasil perniagaan dan simpanannya,” katanya

No comments:

Post a Comment