DUNGUN – Mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengakui sering terbayang gurau senda tiga sahabatnya ketika mereka menghabiskan masa selama dua jam sebelum terbabit kemalangan Rabu lalu.
Muhammad Ammar Danish Mohamad Ridhuan, 20, berkata, dia bersama Khairul Anwar Jamaludin, 20, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, ke pusat bandar pada hari berkenaan untuk membeli barangan keperluan.
“Kami menghabiskan masa hampir dua jam bermula pukul 5 petang di (pusat) bandar. Sewaktu membeli barangan keperluan,
kami bergurau-senda sebelum
pulang ke kampus menjelang
waktu maghrib.
“Sewaktu motosikal kami
mahu membelok masuk ke pintu
pagar kampus (UiTM Dungun)
kami tiba-tiba dirempuh. Saya
tidak sedar apa-apa selepas itu,
orang kata saya terpelanting ke
dalam longkang,” katanya ketika
ditemui di wad Hospital Dungun
di sini semalam.
Terdahulu beliau disantuni
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional
Terengganu, Maliaman Kassim.
Pelajar tahun dua Sarjana
Muda Perakaunan itu berkata,
dia dibenarkan pulang semalam
dan akan menjalani pemulihan
di rumahnya di Keramat, Kuala
Lumpur.
Muhammad Ammar Danish
berkata, tiada sebarang perubahan dilihat sewaktu bersiar-siar
di pusat bandar dan kehilangan
tiga sahabat baiknya dalam sekelip ujian amat berat buat dirinya.
“Pada hari pertama dan kedua, saya memang sedih, namun
atas nasihat keluarga dan pensyarah, saya menerima takdir.
“Saya berjanji belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan
pengajian demi tiga sahabat yang
telah ‘pergi’,” katanya.
Dalam pada itu, Maliaman
berkata, proses pemulihan Muhammad Ammar Danish akan
terus dipantau termasuk penyediaan perkhidmatan kaunseling
oleh UiTM,” katanya.
Dalam pada itu, bapa Muhammad Ammar Danish, Mohamad
Ridhuan Mohd. Shariff , 52, menerima permohonan maaf dibuat
suami wanita yang melanggar
anaknya.
“Pandangan saya pelaku tidak
mungkin akan sesuka hati melanggar orang jika dia normal.
“Apapun yang penting ialah
pemulihan fizikal dan emosi anak
saya agar dapat meneruskan
pengajian selepas ini,” katanya.
Dalam kejadian pukul 7.20
malam itu, tiga pelajar UiTM
Dungun maut selepas dua buah
motosikal dinaiki mereka dirempuh dari arah belakang oleh sebuah SUV yang dipandu seorang
wanita dipercayai mengalami
masalah mental.
Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi pelajar, Muhammad Ammar Danish Mohammad
Ridhuan, 20, cedera dan masih
dirawat di Hospital Dungun.
No comments:
Post a Comment