Translate

Monday, January 19, 2015

Empat lorong elektronik tambahan di Plaza Tol Bukit Jelutong

SHAH ALAM - Perjalanan pengguna Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) di sini akan lebih lancar selepas ini dengan pembinaan empat lorong elektronik tambahan berlapis di Plaza Tol Bukit Jelutong (arah utara) yang dijangka siap pada akhir Mac ini.

Pengurus Besar GCE, Rostam Shahrif Tami berkata, pembinaan lorong elektronik tambahan berlapis tersebut merupakan inisiatif pengendali lebuh raya berkenaan, Prolintas Expressway Sdn. Bhd. untuk memastikan kelancaran pergerakan trafik di lebuh raya sepanjang 25 kilometer itu.

"Kerja-kerja pembinaan lorong elektronik tambahan berlapis terbabit akan bermula esok (hari ini) sehingga 22 Mac depan dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

"Sepanjang tempoh itu, pengguna dinasihat agar mematuhi papan tanda arah disediakan dan arahan kakitangan trafik demi kelancaran trafik di Plaza Tol Bukit Jelutong," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Rostam Shahrif berkata, untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi di talian 1-300-88-0035 atau mengikuti laman mikro sosial twitter, GCEtrafik.

2 comments:

  1. Kesesakan di tol bukit jelutong bukan disebabkan lorong tol di plaza tol tapi dispersement of traffic after the toll plaza to nkve and bottle neck which occurs after the toll plaza

    ReplyDelete