azli.adlan@kosmo.com.my
KUALA LANGAT - Gerakan mencari mangsa tongkang karam di muara Sungai Kuala Langat berhampiran Pulau Carey dekat sini yang masuk hari kedua semalam berjaya menemui lima lagi mayat.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azman Abdul Razak berkata, mayat empat lelaki dan seorang perempuan itu ditemui di sekitar perairan Sungai Air Hitam, pesisir pantai Morib dan Pulau Carey dekat sini.
"Kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, dua lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita ditemui selamat di pesisir pantai Sungai Air Hitam, Pulau Carey dan mereka juga dihantar ke HTAR untuk menerima rawatan.
Setakat ini, Azman memberitahu, seramai 14 mangsa iaitu 11 lelaki dan tiga wanita telah disahkan mati, 20 masih hilang dan 63 mangsa berjaya diselamatkan.
Menurut beliau, lokasi pencarian telah diperluaskan dari muara Sungai Kuala Langat hingga Morib dekat sini yang seluas kira-kira 25 batu nautika persegi.
"Oleh kerana dua mangsa yang selamat telah ditemui di Zon B (persisir Pantai Sungai Air Hitam), tumpuan dari segi kekuatan anggota dan jentera akan ditumpukan ke kawasan tersebut.
"Oleh kerana dua mangsa yang masih selamat telah ditemui di Zon B (persisir Pantai Sungai Air Hitam), tumpuan lebih dari segi kekuatan anggota dan jentera akan ditumpukan ke kawasan tersebut."Usaha untuk mencari baki 21 mangsa yang masih hilang akan diteruskan sehingga nasib kesemuanya diketahui," katanya.
Kosmo! semalam melaporkan sebuah tongkang yang dinaiki 97 PATI karam di muara Sungai Kuala Langat dekat Pulau Carey di sini pada pukul 12.30 tengah malam kelmarin.
Tragedi itu berlaku hanya selepas tongkang diperbuat daripada kayu itu baru kira-kira 200 meter berlepas dari satu jeti haram di Sungai Air Hitam.
Difahamkan kumpulan PATI yang semuanya dipercayai rakyat Indonesia itu dalam perjalanan ke kampung halaman masing-masing menjelang ketibaan Ramdan pada hujung bulan ini.
No comments:
Post a Comment