SHAH ALAM - Satu sindiket ah long yang aktif sejak setahun lalu tumpas dengan penahanan enam lelaki dipercayai anggotanya di sebuah premis di Bandar Bukit Puchong , Puchong dekat sini kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 9.50 pagi itu, polis turut merampas 45,000 keping risalah berkaitan peminjaman wang tidak berlesen yang dipercayai mahu diedarkan di sekitar Lembah Klang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, kesemua suspek berusia antara 19 tahun dan 32 tahun yang dipercayai anggota sindiket ah long berkenaan diberkas di dalam tiga bilik berasingan di rumah teres dua tingkat tersebut.
"Polis turut merampas sebuah buku nota senarai peminjam, resit urus niaga bank, cek, salinan kad pengenalan, bil elektrik dan penyata bank dipercayai milik peminjam, borang pinjaman dan telefon bimbit," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.
Mun Phing berkata, siasatan awal mendapati, sindiket ah long itu memaparkan nombor pendaftaran syarikat palsu kononnya mereka merupakan syarikat peminjaman wang berlesen bagi mengaburi mata orang ramai.
No comments:
Post a Comment