WAKIL negara, Frenz United Malaysia bakal bertembung dengan skuad remaja Liverpool Bawah 17 tahun (B-17) pada perlawanan persahabatan di Stadium Selayang, Selangor malam ini.
Presiden Kelab Bola Sepak Frenz United, Datuk Noor Ihsan A. Hamid berkata, perlawanan tersebut merupakan aksi pemanas badan berharga buat pasukannya yang bakal menghadapi Piala Antarabangsa Fenz Bawah 16 tahun (B-16) 2014 bermula 11 Januari depan.
“Kita berbangga kerana Akademi Liverpool bersetuju untuk datang ke Malaysia bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan Frenz United Malaysia.
“Ia pendedahan terbaik untuk dipelajari oleh Frenz United Malaysia memandangkan Akademi Liverpool bukan sahaja antara pasukan bola sepak berpengaruh dunia malah ber pengalaman luas dalam pembangunan bola sepak remaja,” katanya pada sidang akhbar mengenai perlawanan per sahabatan tersebut di Hotel Primiere Bukit Tinggi, Klang, Selangor semalam.
Turut hadir Ketua Jabatan Pertandingan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Abang Zulkarnain Abdul Rahman, ketua jurulatih Liverpool B-17, Dos Maheer, duta kejohanan Piala Antarabangsa Frenz B-16 2014, Steve McMahon, Pengarah WTC Holding Berhad, Kenny Wong dan kapten kedua-dua pasukan iaitu Muhammad Shahrul Akmal Adnan dan Andrew Firth.
Orang ramai terutama peminat bola sepak di sekitar Lembah Klang disaran untuk memeriahkan perlawanan persahabatan antara Frenz United Malaysia dan Liverpool B-7 tersebut yang bakal berlangsung pada pukul 8.45 malam ini dan kemasukan adalah percuma.
No comments:
Post a Comment