LUMUT - Sehari sebelum hari pembuangan undi untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), sudah nampak petanda positif kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang bakal kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN).
Seorang penduduk, Rosly Mohamad, 45, berkata, pe ngalaman sepenggal bersama wakil rakyat pembangkang telah memberi pengajaran berguna kepada pengundi ka wasan di bawah Parlimen Lumut itu.
“Setelah sekian lama diwakili Barisan Nasional (BN), kami memilih wakil pembangkang yang terpengaruh dengan janji-janjinya
“Namun rupa-rupanya ia cuma harapan palsu,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, wakil rakyat pembangkang itu lebih gemar berceramah politik daripada memberi khidmat.
Katanya, mujur BN Bahagian Lumut yang dipimpin Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir komited menabur bakti di Pasir Panjang.
“Akhirnya BN tempat kami mengadu masalah. Terima kasih kerana terus menjaga kebajikan kami,” katanya.
Dalam tempoh empat tahun BN menerajui kerajaan negeri Perak, antara peruntukan yang diterima DUN Pasir Panjang ialah kerja-kerja menarik taraf masjid bernilai RM1.5 juta, pembinaaan Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan (SK) Muhammad Saman (RM2 juta) dan projek menarik taraf sekolah agama rakyat (RM300,000).
Seorang penduduk lain, Salbiah Mohamad Hamdan, 38, pula memuji percaturan BN meletakkan Rashidi Ibrahim sebagai calon di kerusi DUN berkenaan.
Menurut beliau, sebagai anak tempatan, bekas guru yang lebih mesra dipanggil Cikgu Rashidi itu cukup dikenali di kalangan penduduk kawasan tersebut.
“Malah khidmat bakti beliau terhadap masyarakat Pasir Panjang semakin terserlah setelah diberi amanah menjadi Setiausaha Sulit (Khas) Menteri Besar Perak sejak beberapa tahun lalu,” katanya.
No comments:
Post a Comment