Translate

Monday, July 27, 2009

Polis anjur sendiri program motivasi



IPOH - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh buat julung kali menganjurkan kem motivasi melibatkan pelajar sekolah dari sekitar bandar raya ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritendan Ibrahim Abu Bakar berkata, program tiga hari dua malam itu bertujuan menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran pencegahan jenayah di kalangan remaja.

"Sebelum ini memang IPD Ipoh ada terlibat secara tidak langsung dalam penganjuran kem motivasi pelajar tetapi ini pertama kali kami menjadi penganjur utama.

"Program ini adalah kesinambungan program sekolah angkat yang dianjurkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutup Kem Motivasi Sekolah Angkat PDRM anjuran IPD Ipoh di Pusat Latihan Polis Pasir Puteh di sini semalam.

Program tersebut melibatkan 120 pelajar dari tiga sekolah angkat PDRM iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu, SMK Buntong dan SMK Sri Kledang di sini.

Ibrahim berkata, program seperti itu dilihat lebih berkesan dalam usaha memberi kesedaran kepada golongan sasaran berbanding program ceramah biasa.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat susulan kepada program itu dengan membuat pemantauan berterusan terhadap semua peserta terbabit polis dengan kerjasama pengetua sekolah masing-masing.

No comments:

Post a Comment