Translate

Friday, July 17, 2009

Majlis serah kunci Masjid Klebang Restu



IBADAT. Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Tambun, Ipoh yang dibina pada Mac 2008 kini siap sepenuhnya untuk kegunaan kira-kira 3,500 penduduk beragama Islam di taman perumahan terbabit baru-baru ini.

Majlis perasmian masjid tersebut disempurnakan dengan simbolik penyerahan kunci oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kepada Pengerusi masjid, Zakaria Abdul Rahman semalam.

Pada majlis sama, Ahmad Husni yang juga Menteri Kewangan II turut mengumumkan peruntukan kira-kira RM170,000 untuk membeli buku agama dan membina pusat kemudahan untuk mengimarahkan lagi masjid tersebut.

"Saya harap masjid ini dapat berfungsi sebagai pusat aktiviti sosial bagi penduduk di taman perumahan ini dan berhampiran yang kebanyakan beragama Islam," katanya.

No comments:

Post a Comment