Translate

Wednesday, July 1, 2009

Aktifkan semula sistem pengangkutan awam

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan mengaktifkan semula projek mempertingkatkan sistem pengangkutan awam di bandar raya ini yang terbengkalai sejak Februari lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan negeri menyedari sistem pengangkutan awam di bandar raya ini berada pada tahap tidak memuaskan dan memerlukan perhatian segera.

“Memang ada pihak yang datang membentangkan kertas cadangan untuk projek itu kepada kerajaan negeri dan saya difahamkan mereka pernah bentang (kertas cadangan sama) masa pembangkang (memerintah kerajaan negeri)," katanya di sini semalam.

Zambry berkata, kerajaan negeri amat berhati-hati dalam isu tersebut kerana mahu mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan masalah pengangkutan awam di bandar raya ini.

“Saya akui mengendali sistem pengangkutan awam tidak begitu menguntungkan. Sehubungan itu, kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan untuk memberikan subsidi. Itu antara isu yang sedang dibincangkan,” katanya

No comments:

Post a Comment