Translate

Tuesday, July 21, 2009

Lelaki berkuasa magnet bersara


IPOH - Setelah tujuh tahun beraksi mempamerkan ke istimewaan memiliki kuasa 'magnet' melekatkan pelbagai objek di badannya akhirnya Tan Kok Thai, 71, membuat keputusan untuk 'bersara'.

Beliau yang berasal dari Gunung Rapat di sini berkata, mulai pertengahan bulan ini, beliau berhasrat untuk tidak membuat sebarang pertunjukan sama ada amal mahupun berbayar lagi.

“Saya pun sudah tua, lagipun memang dari dulu anak-anak tidak merestui kerja saya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat pertunjukan ‘ter akhir’ secara eksklusif kepada Kosmo! di pekarangan kilang perabotnya di Kampung Baru Tambun di sini semalam.

“Saya juga bersyukur dapat membantu banyak rumah ke bajikan mendapatkan dana melalui persembahan amal yang dilakukan secara percuma sepanjang tempoh tersebut.

Kuasa magnet pada badan Kok Thai dikesan pada tahun 2002.

Selain besi, badannya mampu melekatkan kayu, buah dan ikan hidup.

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan profesor dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengesahkan 'kuasa magnet' yang dimiliki oleh lelaki itu adalah kerana kulitnya yang mempunyai kelebihan daya sedut.

No comments:

Post a Comment