Translate

Monday, July 27, 2009

Mara lantik 3 ejen kumpul produk IKS seluruh negara


MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan melantik tiga usahawan pusat pengedaran dan 10 usahawan pemasar menjelang akhir tahun ini sebagai usaha untuk memantapkan lagi strategi pemasaran produk industri kecil dan sederhana (IKS) negara.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, ia sejajar dengan penubuhan pusat pengedaran produk halal di beberapa lokasi strategik seluruh negara yang bertujuan mengumpul dan membantu memasarkan produk IKS.

"Usahawan pusat pengedaran adalah ejen Mara yang akan mengumpulkan produk IKS bumiputera yang berpotensi dari ceruk pedalaman untuk di tempatkan di pusat pengedaran produk halal manakala usahawan pemasar pula akan menjadi wakil penjual dan pengedar produk terbabit dan menyediakan khidmat pemasaran kepada pengusaha IKS," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Jualan Mega peringkat negeri Perak di sini semalam.

Hasan berkata, buat masa ini, semua calon usahawan produk pengedaran dan usahawan pemasar telah dikenalpasti.

Menurutnya, setiap usahawan tersebut layak menerima geran yang meliputi pembiayaan kos melaksanakan kajian pasaran dan pembangunan produk, promosi, penyertaan dalam ekspo di dalam dan luar negara, penambahbaikan dalam bidang pelabelan, pembungkusan serta penjenamaan.

"Kami berharap dengan wujudnya dua cabang usahawan tersebut, masalah pemasaran produk IKS bumiputera dapat diatasi dan sekali gus mampu menembusi pasaran antarabangsa," katanya.

No comments:

Post a Comment