Begitulah rintihan akhir seorang ibu, Latifah Mohd. Sabri, 48, sebelum pengsan di hadapan sekumpulan pemberita akibat terlalu tertekan dengan kehilangan anak tunggalnya, Nur Fazilah Mohd. Yusof sejak tujuh hari lalu.
Latifah sebelum itu mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Taman Bunga Raya, di sini bagi meminta bantuan mengesan Nur Fazilah, 16, (gambar) atau nama manjanya, Dilla, yang hilang dipercayai diperdaya teman lelaki.
Sementara itu suaminya, Mohd. Yusof Mohd. Ibrahim, 50, berkata, isterinya semakin tertekan dengan kehilangan Nur Fazilah yang tidak diketahui khabar berita dan lebih banyak menatap gambar anak kesayangannya itu.
Jelasnya, Nur Fazilah disedari hilang setelah tidak pulang dari sekolah selepas menghadiri kelas tambahan dan latihan hoki pada 1 Julai lalu.
"Isteri saya pergi menjemputnya di sekolah pada kira-kira 6.30 petang pada hari berkenaan tetapi Dilla tiada di sekolah. Menurut seorang kawannya, dia mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Hadi ke bandar Kampar selepas kelas tambahan kira-kira pukul 3 petang dan tidak hadir latihan hoki," katanya.
Mohd. Yusof berkata, beliau yang diberitahu isterinya mengenai kejadian tersebut kemudian bergegas ke Kampar kira-kira 25 kilometer dari rumahnya untuk menjejak Nur Fazilah namun gagal dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Tapah di sini kira-kira pukul 8.30 malam.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ayer Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan yang turut hadir pada sidang media itu berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai gadis berkenaan supaya menghubungi talian 019-4439692 atau melalui Pusat Khidmat ADUN Ayer Kuning (05-4018000).
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ayer Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan yang turut hadir pada sidang media itu berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai gadis berkenaan supaya menghubungi talian 019-4439692 atau melalui Pusat Khidmat ADUN Ayer Kuning (05-4018000).
Mmg sukar nak menjaga anak2 remaja zaman sekarang..mereka lebih percayakan kawan2 dari keluarga sendiri..semakin ramai yg hanyut dalam arus noda dan dosa dan kesan dosanya nanti akan terlihat dimana-mana...insaflah wahai Nur Fazilah krn sesungguhnya syurga dibawah tapak kaki ibu...satu hari nanti adik juga akan dewasa akan menempuh alam perkahwinan dan bergelar ibu..dan disaat itu barulah diketahui betapa besarnya jasa seorang ibu...kembalilah kepangkuan keluarga mu...
ReplyDelete