TERENGGANU FC (TFC) bakal berkunjung ke Stadium Taunggyi, Myanmar untuk menentang Shan United FC bagi saingan Kejohanan Piala Sho pee esok dalam kea daan tempang tanpa kelibat penyerang import.
Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali berkata, skuad Sang Penyu terpaksa akur tidak dapat menurunkan dua penyerang import iaitu Nelson Bonilla dan Ismaheel Akinade bagi misi penting merobek gawang kelab Myanmar terbabit.
“Bonilla tidak sempat didaftarkan untuk kejohanan kali ini ini ekoran dia hanya menyertai TFC pada jendela perpindahan kedua musim ini.
“Ismaheel pula tidak dapat diturunkan berikutan dasar Myanmar yang tidak membenarkan pemain berasal Afrika memasuki dan beraksi di negara itu,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.
Badrul Afzan mengakui ketiadaan dua penyerang import tersebut memberi kesan kepada ketajaman barisan serangan skuad Sang Penyu pada perlawanan itu nanti.
“Satu-satunya penyerang tempatan yang ada untuk disandarkan harapan ialah Syahmi Zamri. Kita juga perlu mengharapkan Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Nik Sharif Haseefy Lazim untuk mengemudi jentera serangan,” katanya.
Badrul Afzan berkata, kemenangan dengan Shan United amat penting bagi menghidupkan semula peluang mara ke peringkat separuh akhir Piala Shopee.
No comments:
Post a Comment