Oleh MOHD. AZLI ADLAN
BESUT – Seramai 25 warga a sing yang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas dalam serbuan Jabatan Imigresen (JIM) di sebuah tapak pembinaan di Bukit Puteri, di sini kelmarin.
Seramai 24 lelaki dan seorang wanita asing ditahan dalam serbuan selama tujuh jam sehingga pukul 5 pagi tersebut.
Pengarah Imigresen Terengganu, Mohd. Yusri Mohd. Nor berkata, pihaknya telah memeriksa 127 warga asing yang dipercayai bekerja di tapak pembinaan berkenaan.
“Sebahagian warga asing terbabit cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan hasil kepungan pasukan JIM. Pemeriksaan mendapati 25 warga asing tersebut melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
“Mereka terdiri dairpada 12 lelaki dan seorang wanita Indonesia, Bangladesh (lima lelaki), Pakistan (empat lelaki) dan Myan mar (dua lelaki),” katanya di sini semalam.
Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) Akta sama dan kini ditempatkan di Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.
“Kita akan pergiatkan lagi serbuan untuk menjejak PATI berikutan berakhirnya program Repatriasi Migran pada Selasa lalu.
“Mereka sebelum ini telah dibenarkan pulang ke negara asal secara sukarela menerusi program tersebut,” katanya.
Beliau menyeru orang ramai agar memaklumkan kehadiran warga asing yang mencurigakan di tempat masing-masing selain memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana majikan menggaji dan melindungi PATI.
No comments:
Post a Comment