Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Seorang penjawat awam ditahan reman selama lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM50,000.
Perintah reman terhadap lelaki terbabit dibenarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd. Roslan di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Sumber berkata, suspek dipercayai menerima suapan sebagai balasan menyokong dan memperakukan dokumen tuntu tan bayaran bagi lima projek di sebuah universiti di negeri ini.
“Dia dipercayai menerima suapan tersebut yang dipindahkan ke dalam akaun bank milik isterinya.
“Perbuatan tersebut disyaki dilakukan pada 2023 dan 2024,” katanya semalam.
Sumber berkata, penjawat awam terbabit telah ditahan sewaktu memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di sini pada pukul 1 tengah hari kelmarin.
Katanya, isteri suspek turut telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd. Yazid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
“Tangkapan susulan mungkin akan dibuat bagi membantu siasatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment