Translate

Tuesday, January 7, 2025

Banjir di tiga negeri semakin pulih

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA dan MOHD. AZLI ADLAN 

KOTA BHARU – Seramai 742 mangsa banjir di tiga daerah di negeri berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat berterusan yang melanda kebanyakan kawasan di Kelantan kelmarin. 

Portal Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, setakat pukul 4 petang semalam, kesemua mangsa yang terdiri daripada 222 keluarga itu ditempatkan di 11 PPS di Tanah Merah dan masing-masing sebuah pusat di Kuala Krai dan Pasir Mas. 

Menurutnya, seramai 653 mangsa banjir yang terdiri daripada 200 keluarga di Tanah Merah diikuti dengan 78 mangsa di Kuala Krai dan 11 mangsa di Pasir Mas.

 Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan bahaya iaitu 10.13 meter (m) iaitu lebih paras 9m meskipun hujan tidak turun sepanjang hari. 

Menurutnya, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah, Sungai Kelantan (Kuala Krai) dan Sungai Kelantan (Kusial, Tanah Merah) berada pada paras waspada. 

Dalam pada itu, di Terengganu, Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) negeri berkata, setakat pukul 2 petang semalam, sebanyak 230 mangsa daripada 146 keluarga masih berlindung di 12 PPS di kedua dua daerah berkenaan. 

“63 keluarga kini ditempatkan di lima PPS di Besut,” katanya di sini semalam

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, situasi banjir semakin baik setelah hujan mula berhenti di kebanyakan kawasan di negeri ini mulai pukul 10 pagi.

Di Kota Tinggi, Johor pula seramai 12 mangsa daripada tiga buah keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas di sini susulan hujan lebat yang berterusan awal pagi semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi dalam kenyataan memaklumkan, PPS berkenaan dibuka pukul 11 pagi melibatkan kesemua mangsa dari Kampung Baru Sungai Mas.

 “Kawasan berkenaan memang hotspot banjir di mana punca banjir berlaku disebabkan hujan lebat berterusan dari pukul 1.30 pagi hingga ke 3 pagi. 

“Keadaan cuaca juga kini kurang baik kerana hujan masih lebat. 

 “Sementara trend air pula masih sama, statik tidak menunjukkan penurunan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pemantauan dari semasa ke semasa diteruskan oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan penduduk sepanjang proses pemindahan di kawasan kawasan tertentu.

No comments:

Post a Comment