Translate

Monday, September 30, 2024

Seorang lagi peserta Himpunan RXZ kena tipu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai makan yang juga peserta Himpunan RXZ Members 6.0 kerugian RM350 selepas menjadi mangsa penipuan inap desa tidak wujud.

Lelaki berusia 25 tahun yang berasal dari Maran, Pahang terbabit hanya menyedari tertipu apabila tiba di premis yang didakwa inap desa terbabit, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, mangsa yang berkunjung di bandar raya ini untuk menyertai Himpunan RXZ 6.0 telah terlihat iklan inap desa terbabit di laman
Facebook, kelmarin.

“Dia yang berminat telah membuat tempahan dengan membuat bayaran RM350 menerusi transaksi di akaun bank pada pukul 8.43 malam tadi.

“Sebaik mangsa tiba di alamat diberi, pemilik sebenar premis tersebut menafikan dia menawarkan perkhidmatan inap desa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Azli berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 12.27 tengah malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment