Translate
Friday, May 22, 2015
Festival Belia Putrajaya tonjol bakat muda
PUTRAJAYA - Festival Belia Putrajaya berlangsung selama tiga hari bermula esok bertemakan Pertunjukan Bakat yang menekankan pembangunan belia, perpaduan, galakan dan pengiktirafan bakat unik golongan muda tempatan.
Ketua Sekretariat Hari Belia Negara, Nor Azli Mohamad Daud berkata, festival tersebut bakal menjadi platform untuk golongan belia untuk mengembangkan kebolehan mereka dalam pembangunan diri dan negara.
"Tema tahun ini selaras dengan falsafah baru program Rakan Muda. Seramai 25 Mentor Rakan Muda akan ditampilkan sepanjang festival yang diadakan di Dataran Gemilang, Presint 4 di sini untuk memberi dorongan kepada pengunjung belia mengasah bakat masing-masing," katanya kepada Kosmo! semalam.
Nor Azli berkata, penganjuran Festival Belia Putrajaya kali ini juga terbahagi kepada empat segmen iaitu Zon Utara (Minda), Zon Timur (Aktif), Zon Barat (Komuniti) dan Zon Selatan (Seni dan Budaya).
Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai festival itu, sila layari laman web festivalbeliaputrajaya.com.
Labels:
am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment