IPOH - Orang ramai terutamanya di sekitar Perak di jemput untuk memeriahkan sambutan Capgome peringkat negeri pada 5 dan 6 Februari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangu nan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak, Datuk Hamidah Osman berkata, program kebudayaan Cina itu akan berlangsung di pekarangan Tokong Kwan Yin Tong, Jalan Gopeng di sini.
Beliau berkata, sambutan Capgome yang diadakan dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang dua hari tersebut dianjurkan kerajaan negeri Perak dengan ker jasama enam badan bukan kerajaan (NGO) Cina tempatan.
“Perayaan yang disambut pada hari ke-15 selepas sam butan Tahun Baru Cina ini telah dimasukkan sebagai salah satu acara pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.
“Kita jangka sekurang-kurangnya 20,000 pengunjung ber bilang kaum akan memeriahkan sambutan Capgome pe ringkat negeri yang julung kali diadakan ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment