Translate

Wednesday, February 22, 2012

Festival dram bakal gegar Lumut malam ini

 IPOH - Selepas menghiburkan penduduk Taiping malam tadi, Festival Dram Dunia Royal Belum bakal menjelajah kira-kira 170 kilometer (km) ke barat daya Perak untuk menggegarkan bandar Lumut pula pada malam ini.

Pengurus Acara Kilauan Unggul E2 Events Sdn. Bhd., Ruzaini Abdul Razak berkata, persembahan dram pada jelajah kedua festival itu akan berlangsung di Dataran Putra, Lumut mulai pukul 8.45 malam.

"Orang ramai diseru membanjiri dataran terbabit untuk menyaksikan persembahan dram yang hebat lagi mengasyikkan selama sejam 15 minit.

"Kemasukan adalah percuma dan jelajah kali ini akan menampilkan enam kumpulan dram harmoni pelbagai negara," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ruzaini berkata, kumpulan dram terbabit ialah Natiq Rhythm dari Azerbaijan, Atenteben African Music and Dance Ensemble (Ghana), Saratuspersen (Indonesia) dan Bonita (Vietnam).

 Selain itu, beliau memberitahu dua kumpulan dram tem patan iaitu kumpulan drum Manjung dan Kuala Lumpur  Drum Corps (KLDC) juga bakal membuat persembahan  pembukaan.

“KLDC yang ditubuhkan oleh Raja Zainal Badri pada 2008  bukan calang-calang kumpulan dram dan berpengalaman  luas mengadakan pelbagai persembahan termasuk di pe ringkat antarabangsa,” katanya.

Penganjuran festival tersebut yang diadakan sempena  Tahun Melawat Perak 2012 itu bertujuan memperkenal  keindahan Taman Negeri Royal Belum, Gerik sebagai des tinasi pelancongan menarik lagi menghiburkan.

No comments:

Post a Comment