Translate

Wednesday, February 22, 2012

Festival Dram Dunia Royal Belum buka tirai di Taiping

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

 TAIPING – Festival Dram Dunia Royal Belum yang membuka tirainya malam tadi mendapat sambutan hangat daripada pengunjung di Taiping Sentral Mall di sini.

Lebih 1,000 orang membanjiri ruang legar kompleks beli-belah tersebut sejak lewat petang untuk menyaksikan persembahan hebat paluan dram berharmoni yang julung-julung kali diadakan itu.

Kebanyakan mata pengunjung mula terpukau sebaik sahaja Kumpulan Gendang Serunai Batu Kurau yang dianggotai anak tempatan merasmikan pentas persembahan pembukaan tepat pukul 8 malam.

Suasana semakin hangat apabila kumpulan Bonita dari Vietnam yang turut dianggotai beberapa gadis jelita mengambil alih pentas.
 Beberapa pengunjung tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan bertenaga kumpulan Natiq Rhythm daru Azerbaijan.

Selepas itu, kumpulan Absolute Thailand (Thailand) pula menampilkan  persembahan dram mereka.

Setiap kumpulan dram berharmoni terbabit telah mem persembahan kebudayaan dan irama dram dari negara  masing-masing untuk santapan telinga pengunjung.

Pengurus Acara Kilauan Unggul E2 Events Sdn. Bhd.,  (Kilauan Unggul E2 Events), Ruzaini Abdul Razak berkata,  pihaknya teruaja dengan sambutan memberangsangkan penduduk bandar ini terhadap penganjuran Festival Dram Dunia Royal Belum itu.

"Ia menjadi pembakar semangat kepada setiap kumpulan dram yang terlibat untuk mempersembahkan pertunjukan lebih bertenaga di empat lokasi menyusul selepas ini," katanya/

No comments:

Post a Comment