Translate

Friday, February 17, 2012

Kesedaran insurans rakyat Malaysia rendah

IPOH - Kesedaran rakyat Malaysia terhadap keperluan mempunyai perlindungan  insurans  terutama  insurans   hayat  masih rendah iaitu sekitar 43 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (M) Berhad (Great Eastern), Datuk Koh Yaw Hui berkata, kebanyakan individu yang tidak dilindungi  insurans  terdiri daripada kaum Melayu yang meliputi kira-kira 61 peratus penduduk Malaysia.

"Sebagai perbandingan, negara Taiwan yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang sama dengan Malaysia, setiap rakyatnya mempunyai purata dua perlindungan  insurans  manakala cuma 4.3 daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai perlindungan  insurans ," katanya selepas majlis perasmian Wisma Great Eastern oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha di Greentown Avenue di sini semalam.

Sementara itu, beliau yakin pertumbuhan industri insurans tempatan terutama takaful bakal berkembang baik biarpun berhadapan ramalan kemungkinan ekonomi global tidak menentu tahun ini.

No comments:

Post a Comment