Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH – Setelah lebih setahun menyepi, Tan Kok Thai, 72, warga emas
yang memiliki kuasa magnet sehingga dapat melekatkan pelbagai objek di
badannya sejak tahun 2002 kini kembali.
Dia yang berasal dari Gunung Rapat di sini mendakwa mempunyai
keistimewaan terbaharu apabila kulit tubuhnya tidak lut apabila dilumur
dengan serpihan kaca tajam.
“Dahulu, saya pernah dicabar seorang lelaki dari India agar
mempelbagaikan kemahiran selain hanya melekatkan pelbagai objek pada
badan.
“Baru-baru ini, saya cuba melumurkan badan dengan serpihan kaca tajam
dan nyata ia langsung tidak melukakan kulit saya,” katanya ketika
mengunjungi pejabat Kosmo! di sini semalam.
Serentak dengan itu, katanya, dia membuat keputusan untuk menarik
balik hasratnya untuk bersara seperti mana yang dibuatnya pada Julai
tahun lalu demi untuk berbakti kepada masyarakat.
“Kenangan mengadakan persembahan amal membantu mengutip derma bagi
pertubuhan anak yatim dan miskin sentiasa mengusik perasaan saya.
“Sekarang saya bersedia mempamerkan keistimewaan saya semula bagi membantu golongan memerlukan selagi hayat masih ada,” katanya.
No comments:
Post a Comment