SESUATU yang unik dan sudah tentu barangan hantaran paling berharga daripada Zahiril buat Shera adalah hantaran yang merupakan senaskhah buku petua kerukunan perkahwinan berjudul Anai-Anai Dalam Perkahwinan yang ditulis sendiri oleh ibu Zahiril Adzim, Zailan Yussof, 54.
Zailan yang merupakan seorang kaunselor perkahwinan memberitahu, buku yang sarat dengan tip panduan dan pengukuhan hubungan suami isteri d dedikasi khas untuk Shera yang merupakan menantu keduanya.
"Saya memilih untuk menghadiahkan naskhah pertama buku tulisan saya yang baru diterbitkan tiga minggu lalu sebagai hantaran kepada menantu baru saya ini.
Selain nasihat secara lisan dan contoh teladan baik, saya harap kandungan buku tersebut dapat dimanfaatkan mereka (Zahiril Adzim dan Shera) sebagai pedoman sepanjang melayari kehidupan rumah tangga," ujar Zailan.
Tambahnya, ilham menghasilkan karya Anai-Anai Dalam Perkahwinan timbul daripada pengalaman diri sendiri dan pelanggan yang pernah mendapatkan khidmatnya sebagai kaunselor perkahwinan sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya lagi, elemen seperti komunikasi dua hala dan menghabiskan masa bersama yang berkualiti kerap menjadi ' anai-anai ' yang membawa keruntuhan rumah tangga sekiranya di pandang remeh-temeh oleh pasangan suami isteri.
Dalam pada itu, Zailan berpendapat Shera merupakan seorang wanita yang bijak, mempunyai matlamat hidup yang positif dan bukan seorang yang meninggi diri.
"Saya yakin menantu baru saya ini mampu menjadi isteri yang bertanggungjawab kepada anak lelaki saya dan menantu yang disenangi keluarga kami," jelasnya.
MACAM MANA NK BELI BUKU NI?
ReplyDeleteAyu,
ReplyDeleteikut kata Puan Zailan, ada dijual di kedai buku