Translate

Sunday, August 2, 2009

Hanya 17 restoran di Ipoh betul-betul bersih


IPOH - Cuma 17 daripada 1,153 premis makanan di sekitar bandar raya Ipoh layak menerima pengiktirafan Gred A daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berdasarkan penilaian yang dibuat sejak beberapa bulan lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pengiktirafan gred A kepada premis makanan di bandar raya ini dinilai melalui memberi perkhidmatan yang bersih, selamat dan berkualiti mulai bulan ini.

"Berdasarkan penilaian dan pemantauan yang telah dibuat, hanya 17 premis makanan di sekitar bandar raya ini layak menerima pengiktirafan gred A," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MBI di sini semalam.
Beliau berkata, penilaian semula akan dibuat pada setiap tiga bulan dan sijil berkenaan boleh ditarik balik sekiranya premis makanan terbabit gagal mengekalkan markah penilaian sekurang-kurangnya 85 peratus.

"Saya sasar sebahagian besar 1,153 premis makanan yang terdapat di bandar raya ini mencapai gred A selewat-lewatnya akhir tahun ini.

"Ini inisiatif MBI untuk menjamin kebersihan premis makanan di sini selain mempromosi Ipoh sebagai bandar raya syurga makanan," katanya.
Roshidi berkata, berdasarkan penilaian sama juga, sebanyak 983 premis premis makanan mendapat gred B.

Antara kriteria yang dinilai katanya adalah kebersihan dewan makan, dapur, stor penyimpanan makanan, tandas, kebersihan sajian dan kebersihan pekerja.

2 comments:

  1. Bapak,
    Sejak bila pulak Bapak ada blog yang ni? Ana xpernah sampai ke mari pun.. amacam boleh jadi referrer ni.. musykil2.. hehe

    ReplyDelete
  2. Ana,

    ini memang salah satu daripada blog Bapak..heheh

    ReplyDelete