Translate

Wednesday, August 12, 2009

Pak Lah terima Ijazah Kehormat Pendidikan

TANJUNG MALIM - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pendidikan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ke-11 semalam.

Penganugerahan tersebut sebagai menghargai sumbangan besar beliau yang gigih memperkasa pembangunan modal insan ketika menerajui negara.

Ijazah kehormat itu disampaikan oleh Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Abdullah semasa berucap semasa berucap pada majlis itu melahirkan rasa terharu dengan anugerah tersebut dan menganggapnya sebagai pengiktirafan besar dalam kerjayanya sebagai pemimpin negara.

"Semasa merasmikan Konvensyen Pendidikan Nasional pada 1985 di kampus ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), saya yang ketika itu Menteri Pelajaran telah mengusulkan cadangan agar ia dinaik taraf menjadi institut," katanya.

Beliau berkata, selepas 25 tahun berlalu beliau gembira kerana buah fikiran yang dikembangkan ketika itu sudah mula menunjukkan hasilnya sehingga bertaraf universiti sekarang.

Sementara itu, Datuk Dr. Mohd. Yusof Hassan, 69, yang juga Felo Penyelidik di Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki, dilantik sebagai Profesor Emeritus pertama UPSI.

Beliau pada majlis itu turut mencadangkan supaya pihak pengurusan menubuhkan sebuah Institut Kesusasteraan di UPSI.

"Pada zaman MPSI, budaya penulisan sastera begitu subur menerusi penubuhan Jabatan Karang-Mengarang hingga telah melahirkan ramai penulis hebat dan terkenal seperti Pendeta Za’ba (Zainal Abidin Ahmad), Mansuri S.N dan Buyung Aidil.

"Namun pada masa kini, tradisi itu seakan-akan diabaikan dan ia amat merugikan sedangkan UPSI sebenarnya mempunyai asas kukuh dalam cabang tersebut,"

No comments:

Post a Comment