Translate

Monday, August 17, 2009

Kerdil tidak halang genggam ijazah

SERI ISKANDAR - Kekurangan diri sebagai insan kerdil tidak menjadi halangan kepada Tuan Mohd. Irwan Tuan Daud, 22, untuk menggenggam segulung ijazah.

Beliau yang hanya setinggi 99 sentimeter (sm) me nerima ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elek tronik (Kepujian) Kelas Kedua Atas pada majlis konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) ke-sembilan di sini se malam.

Irwan yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkata, dia turut memenangi Anu gerah Projek Tahun Akhir bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada majlis sama.

"Saya tidak pernah menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang dan modal untuk meraih simpati. Malah sentiasa tanam dalam diri agar menjalani hidup seperti insan normal sepanjang empat tahun pengajian," katanya .

Seramai 1,169 graduan termasuk sembilan peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan 85 peringkat Sarjana menerima sijil ma sing-masing semalam dalam majlis konvokesyen yang disem purnakan Canselor UTP, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Irwan yang merupakan anak sulung daripada dua beradik ini berkata, pengalamannya sebagai pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan se lama dua tahun banyak membantunya untuk membiasakan diri dalam kehidupan kampus.

No comments:

Post a Comment