Translate

Thursday, August 13, 2009

Kesusahan hidup dorong kehidupan


TANJUNG MALIM - Kesukaran hidup sebagai anak pesawah tidak pernah menjadi penghalang Nurul Fazzuan Khalid muncul sebagai pelajar cemerlang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Hasil kegigihannya, anak jati Parit Buntar dekat sini itu dipilih menerima Pingat Emas Canselor atas kecemerlangan mendapat keputusan Kelas Pertama dalam ijazah Sarjana Muda Pen didikan (Bimbingan dan Kaunseling).

Menurut Nurul Fazzuan, 24, kesusahan kedua ibu bapanya membanting keringat membesarkan beliau dan lima adik-ber adiknya lain memberi dorongan kepadanya untuk bersung guh-sungguh dalam pelajaran.

"Kami sekeluarga menetap di rumah yang didirikan dengan bantuan kerajaan negeri melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Kehidupan yang bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu menjadi motivasi terbaik kepada saya selama ini.

Atas dasar sama saya memilih pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling," katanya selepas menerima pingat berkenaan daripada Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bai nun di sini semalam.

Selain Nurul Fazzuan, Maizatul Ilma Ismail, 24 dan Yu Kok Hui, 24 turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja dalam majlis konvokesyen berkenaan.

Nurul Fazzuan berkata, beliau berazam untuk menjadi guru bimbingan dan kaunseling yang terbaik dan menjadi inspirasi pelajar setelah berkhidmat di sekolah kelak.

Menurut anak keempat dari enam beradik itu, beliau mahu mengadunkan pengalaman getir hidup dan latihan teori dan praktikal yang diperolehi di UPSI dalam tugasannya.

"Saya bersedia ditugaskan ke mana-mana namun jika tu rutkan hati, saya lebih suka berkhidmat di pendalaman dan luar bandar.

"Pelajar pendalaman dan luar bandar lebih perlukan do rongan untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan saya tahu caranya sebab pernah mengalami nasib sama," katanya.

Sementara itu, dalam sesi konvokesyen kali ini yang akan berakhir Sabtu ini menyaksikan seramai 2,993 siswazah ter masuk empat peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan 107 Sarjana menerima sijil masing-masing.

No comments:

Post a Comment