Translate

Tuesday, August 11, 2009

Exco agih sendiri gula kepada peruncit


MOHD.AZLI ADLAN

IPOH - Prihatin dengan rungutan kekurangan bekalan gula di pasaran, kerajaan negeri bertindak sendiri menjadi ‘orang tengah’ membekalkan barangan keperluan tersebut kepada peruncit sekitar bandar raya ini.

Exco Hal Ehwal Pengguna Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, berlaku kekurangan bekalan gula di kedai-kedai runcit di beberapa daerah di negeri ini terutamanya Ipoh, Manjung dan Kuala Kangsar.

"Masalah ini sepatutnya tidak berlaku kerana berdasarkan pemantauan, pemborong negeri ini berupaya membekalkan 277 metrik tan bekalan gula sehari sedangkan keperluan harian penduduk Perak hanya 230 metrik tan.

"Namun kami dapati taburan pengedaran tersebut tidak menyeluruh menyebabkan segelintir peruncit kecil tidak men dapat bekalan sejak dua minggu lalu," katanya.

Beliau ditemui ketika sedang mengedarkan bekalan gula kepada beberapa peruncit bersama Timbalan Pengarah Per dagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) Perak, Mohd. Shahar Osman di sekitar Jalan Labrooy di sini semalam.

Hang Soon memberitahu, KDNKK cawangan Perak me ngambil inisiatif memainkan peranan sebagai ‘orang tengah’ mengagihkan bekalan gula daripada pemborong tempatan kepada peruncit terlibat.

"Kami turut sertakan kad perniagaan pemborong utama terbabit agar peruncit-peruncit tersebut dapat memesan terus bekalan itu pada masa akan datang.

"Melalui pendekatan ini, kami berharap bekalan gula dapat sampai dengan lebih mudah ke golongan sasaran iaitu pengguna," katanya.

No comments:

Post a Comment