Translate

Saturday, June 27, 2015

Tesco edar 400 pek makanan sahur kepada kakitangan Kumpulan Utusan


KUALA LUMPUR - Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) bermurah hati mengagihkan 400 pek makanan bersahur kepada kakitangan Kumpulan Utusan di sini.

Pek makanan yang diagihkan itu mengandungi kek, roti, buah kurma, pek kecil minuman dan buah-buahan.

Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan Tesco Malaysia, Datuk Azlam Shah Alias berkata, pengagihan pek makanan itu merupakan sebahagian daripada program Bersahur bersama Tesco yang bermula semalam.

“Program komuniti sempena Kempen Kasih Ramadan anjuran kami tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat kami bagi menggalakkan amalan bersahur di kalangan masyarakat.

“Makanan yang kami agihkan tidak terlalu ‘berat’ namun berkhasiat dan memadai untuk kita mengerjakan ibadah berpuasa seharian,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Pada program tersebut, kesemua pek makanan habis diedarkan kepada kakitangan dalam tempoh sejam

Azlam Shah berkata, program Bersahur bersama Tesco itu akan menjelajahi 17 lokasi terpilih di seluruh negara sehingga 14 Julai depan.

Beliau berkata, trak Tesco bakal singgah di lokasi tumpuan ramai seperti pusat komuniti, masjid dan balai bomba bagi mengagih-agihkannya pek makanan bersahur terbabit kepada masyarakat.

“Trak itu akan berhenti selama sejam bermula pada pukul 9 malam di setiap persinggahan yang terletak berhampiran dengan pasar raya besar Tesco di seluruh negara,” katanya.

7 comments:

  1. wah. bagus ah tesco. bg sedekah bln2 puasa. wlaupun utk sahur je, at least dpt la mmbantu mana2 staff yg bekerja mlm ke balik lmbat ke, dpt la diorang brsahur, tak pyh brsusah2 lg nk kluar cr mkn ke masak.. kipidap tesco!

    ReplyDelete
  2. rasanya mmg tiap2 tahun tesco buat sedekah sumbangan mcm ni. kalau thn2 lepas, tesco bg jus buah2 ngan bubur lambuk. tahun ni tambah lg dgn mnuman pnas dan roti. kenyang ah sahur free hehe

    ReplyDelete
  3. nice tesco! even ada org ckp suruh boikot tesco al apa la at least tesco buat jugak pahala lg2 ambik berkat ramadan. bagi sedekah kt org ramai. ni slh satu tanggungjwb sosial yg patut dicontohi

    ReplyDelete
  4. kan bagus kalau smua supermarket ikot tesco buat mcm ni. boleh la slalu mkn free. hehe. at least boleh bantu golongan2 yg mmerlukan yg kurang brkemampuan. dpt sama2 merasai nikmat brbuka n brsahur sama2.

    ReplyDelete
  5. selain tesco, supermarket yg laen takde ke yg buat sedekah mcm gini? sepatutnya smua pihak kna sama2 tolong. hehe

    ReplyDelete
  6. tu la.. kalau smua buat, kita la untung. dpt makan free tiap hari shur ke buka pose ke. hehe

    ReplyDelete
  7. tesco ni mmg slalu buat amal kot. ari tu masa banjir besar kat kelantan pon diorang bg sumbangan besar-besaran gak.

    ReplyDelete