Translate
Wednesday, April 24, 2013
Slogan pembangkang tidak relevan - TPM
SITIAWAN - Slogan ‘Ubah’ dan ‘Ini Kalilah’ yang dilaungkan pembangkang bagi mempengaruhi pengundi untuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kali ini tidak relevan kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian, ujar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini kerana katanya, Barisan Nasional (BN) bukanlah kerajaan yang teruk tetapi sudah terbukti menjalankan amanah memakmurkan negara secara adil dan saksama sepanjang lebih 50 tahun diberi mandat mentadbir.
“Slogan 'Ubah' yang dilaung pembangkang untuk menawan Putrajaya dan kerajaan-kerajaan negeri tidak boleh dipakai. Saya juga yakin rakyat tidak akan termakan dengan slogan tersebut,” katanya pada program Himpunan Rakyat di Kampung Pasir Panjang Laut dekat sini hari ini. - Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment