Translate

Monday, April 8, 2013

MCA beri laluan kepada MIC di DUN Tronoh


GOPENG - MCA memberi laluan kepada MIC untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penyerahan kerusi DUN tersebut yang merupakan kerusi tradisi MCA dilakukan berdasarkan semangat perkongsian kuasa antara parti komponen Barisan Nasional (BN) dan tanpa syarat.
"Keputusan ini telah dibincang secara panjang lebar dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya selepas melawat Pusat Penjaja Lawan Kuda di sini semalam.
Pada PRU-12, DUN Tronoh yang terletak di dalam Parlimen Batu Gajah dimenangi V. Sivakumar daripada DAP yang menewaskan calon BN, Lee Kim Choy daripada MCA dengan majoriti 2,571.
Sementara itu, Soi Lek mengesahkan MCA dan MIC melakukan pertukaran kerusi DUN Buntong dan Sungkai.
Katanya, DUN Buntong yang dahulunya ditandingi MCA akan ditandingi MIC pada PRU kali ini.

No comments:

Post a Comment