Translate
Thursday, April 4, 2013
Pelajar Politeknik Ungku Omar sertai forum kewangan
ILMU. Forum Perdana Orang Muda dan Muamalat diadakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak baru-baru ini.
Penasihat Kelab Kewangan dan Perbankan politeknik berkenaan, Sharifah Zuhaira Syed Mizuri berkata, forum berkenaan bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar tentang pengurusan pe niagaan dan transaksi berlandaskan syariah.
Beliau berkata, forum yang dipengerusikan oleh Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan itu turut memberi pendedahan kepada pelajar tentang perbezaan antara transaksi konvensional dan Islam serta pengurusan wang yang bijak.
“Dua ahli panel yang berkongsi pengetahuan pada forum itu ialah Timbalan Pengurus Jabatan Syariah Bank Muamalat, Mohd. Izuwan Mahyudin dan Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Nordin Abd. Rahman,” katanya.
Labels:
komuniti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment