Translate

Thursday, April 4, 2013

Anggota ATM diingat tak terlibat dalam kempen


IPOH - Anggota Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) diingatkan tidak terlibat dengan kempen parti-parti politik yang sedang rancak dijalankan, kata Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md. Delin.
Beliau berkata, sebagai organisasi yang neutral, anggota ATM tidak dibenarkan terlibat secara langsung dan tidak dalam aktiviti parti politik kerana bersalahan dengan Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 3 1972.
“Semua pemerintah mesti ambil langkah pemantauan dan pencegahan agar arahan ini dipatuhi. Saya tak mahu anggota tentera di bawah naungan 2 Divisyen ditangkap menjadi ahli, ejen atau terlibat dalam demonstrasi politik,” katanya pada majlis Perbarisan Perpisahan beliau sebagai Panglima 2 Divisyen di Padang Kawad 2 Briged di sini pagi ini - KOSMO!

No comments:

Post a Comment