Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
TAIPING – Zoo Taiping dan Safari Malam di sini menerima anggota
baharu dengan kelahiran lima ekor anak singa Afrika dan seekor anak
gajah baru-baru ini.
Pengarah Zoo Taiping, Dr. Kelvin Lazarus berkata, empat ekor anak
singa jantan dan seekor anak singa betina itu dilahirkan pada 26
Oktober lalu.
“Kelima-lima anak singa Afrika itu adalah baka daripada induk singa
betina, Nyanga, 5, yang dilahirkan di Zoo Taiping dan Safari Malam pada 3
September 2006.
“Nyanga merupakan singa kedua yang berjaya dilahirkan di zoo ini dan
merupakan singa tempatan pertama berjaya membiak di zoo ini,” katanya
dalam sidang akhbar di sini semalam.
Kelvin berkata, semasa dilahirkan keempat-empat anak singa terbabit yang masih belum mempunyai nama seberat antara lima hingga enam kilogram (kg).
Beliau memberitahu, kelahiran lima anak singa Afrika itu merupakan kali keempat buat zoo berkenaan setelah seekor anak singa jantan pada 2005, Nyanga (2006) dan dua ekor singa jantan serta dua ekor singa betina pada Oktober tahun lalu.
"Setakat ini berat semua anak singa Afrika berkenaan yang kini sudah berusia tiga minggu telah meningkat sehingga satu kilogram dan masih di kuarantin bersama ibunya," katanya.
Kelvin berkata, kelahiran lima anak singa tersebut menjadikan Zoo Taiping dan Safari Malam kini mempunyai 16 ekor singa , semuanya daripada spesies singa Afrika.
Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan kelahiran seekor anak gajah dari spesies Gajah Malaysia seberat 60kg pada 30 Oktober lalu.
"Anak gajah itu diberi nama Mas kerana dilahirkan semasa sambutan Jubli Emas Zoo Taiping dan Safari Malam baru-baru ini.
"Mas dilahirkan gajah betina, Matang yang berusia lapan tahun yang bersenyawa dengan Setia, 22, satu-satunya gajah induk jantan yang menghuni zoo ini," katanya.
No comments:
Post a Comment