Translate

Tuesday, October 18, 2011

Peminat maraton graduan terbaik UTP

Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

SERI ISKANDAR - Keghairahan menyertai acara ma raton tidak menghalang Lai Chin Leong, 23, cemerlang  dalam pengajian sekali gus dinobatkan penerima Anugerah Canselor Emas pada Konvokesyen Universiti Teknologi  Petronas (UTP) ke-11 di sini semalam.

Beliau mampu memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ke pujian Kejuruteraan Awam Kelas Pertama biarpun sibuk  menyertai lebih 20 pertandingan maraton di seluruh negara.

“Antara pertandingan maraton yang disertai ialah Maraton Malam Putrajaya, Marathon Standard Chartered,  Maraton Malakoff Pulau Pinang dan Larian Ekiden Antarabangsa.

“Biasanya saya curi-curi masa berlatih berlari di sekeliling  kampus pada setiap petang dan menyertai kejohanan maraton terbabit pada hujung minggu,” katanya selepas menerima anugerah  terbabit daripada Canselor UTP, Tun Dr. Mahahthir Mohamad.

Selain itu, katanya, projek penyelidikan Ching Leong mengenai  sistem pengurusan sisa mendapan minyak enjin pernah  meraih pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi pingat  Emas pada Ekspo Produk dan Inovasi Baru di Amerika  Syarikat dan pingat Perak pada Pameran Penciptaan, Ino vasi dan Teknologi tahun lalu.

Anak kepada pasangan Lai Ah Kau dan Yap Bee Eng memilih bekerja sambil belajar dengan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam jurusan Kejuruteraan Awam di universiti sama.

Beliau yang berasal dari Taiping memberitahu akan memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Petronas Carigali Sdn. Bhd. pada awal tahun depan.

Selain beliau, dua graduan cemerlang lain, Muhammad  Aiman Jamaludin, 22, (program Kejuruteraan Petroleum) bagi kategori Perak dan T. Kuhanesapathy, 23, (program Kejuruteraan Kimia) kategori Gangsa.

No comments:

Post a Comment