Translate
Tuesday, October 18, 2011
Jel 10 tahun lacur gadis Vietnam
IPOH – Sepasang kekasih termasuk wanita warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah didapati bersalah terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia pada 2008.
Kong Kok Kyt, 32, dan Lee Vo Tu, 25, warga Vietnam yang hamil lima bulan didakwa memperdaya dua wanita Vietnam untuk melakukan aktiviti pelacuran di sebuah pusat karaoke di Kampung Koh, Sitiawan dari 19 Julai 2008 hingga 23 September 2008.
Berdasarkan fakta kes, dua wanita Vietnam terbabit mengadu dipaksa menjadi kupu-kupu malam di lokasi terbabit sejurus tiba di negara ini pada pertengahan 2008.
Sebelum itu, kedua-dua mangsa mendakwa mereka diperdaya kedua-dua tertuduh yang menjanjikan pekerjaan sebagai tukang jahit di sebuah kilang di negara ini namun apabila sampai mereka dipaksa menjadi pelacur.
Selepas 10 hari dilacurkan, dua wanita Vietnam terbabit diberkas polis dalam satu serbuan di pusat karaoke terbabit sebelum masing-masing dikenakan hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Manjung kerana menyalahgunakan pas lawatan.
Denda itu diselesaikan oleh Kok Kyt sebelum mereka kemudian dikurung dan dipaksa kembali menjalankan aktiviti pelacuran.
Namun pada 12 Januari 2009, kedua-dua mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa mereka.
Kok Kyt yang merupakan pemandu jentera berat dan Vo Tu kemudian diberkas beberapa hari kemudian dan dihadapkan ke mahkamah.
Hakim Noorhayati Mad membenarkan hukuman penjara terhadap kedua-dua tertuduh ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai dengan syarat denda yang dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh dilunaskan semalam.
Kedua-dua tertuduh melunaskan denda itu dan mereka juga dibebaskan dengan jaminan masing-masing berjumlah RM12,000 dan RM20,000.
Labels:
mahkamah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment