Translate

Saturday, October 8, 2011

TRKS destinasi eko pelancongan terbaharu

IPOH - Perak bakal mempunyai destinasi pelancongan  terbaru dengan pembukaan Taman Rimba Kledang Saiong  (TRKS) berkonsep eko pelancongan berhampiran Bandar  Meru Raya di sini pada Februari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangu nan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak,  Datuk Hamidah Osman berkata, taman rimba seluas 2,188.05  hektar itu merupakan antara taman rimba terbesar di negara ini.

Beliau berkata, selain mempunyai beberapa rangkaian air  terjun yang terbentuk daripada Sungai Sah dan Sungai  Chepor, TRKS kaya dengan pelbagai khazanah flora fauna  termasuk beberapa spesies pokok yang cuma terdapat di kawasan tersebut.

“Lokasinya juga strategik kerana berhampiran Bandar  Meru Raya dan hanya 4.5 kilometer (km) dari persimpangan  Lebuh raya Utara-Selatan.

“TRKS adalah antara produk pelancongan terbaru yang  akan ditampil sempena Tahun Melawat Perak pada tahun  depan,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di tapak  taman rimba berkenaan di sini semalam.

Hamidah memberitahu, selain melakukan aktiviti per kelahan dan perkhemahan, TRKS menyediakan beberapa  segmen untuk pengunjung menghayati keindahan flora  fauna iaitu denai alam, denai jelajah hutan, taman herba,  taman orkid dan pemerhatian burung.

Menurut beliau, taman rimba itu juga mesra orang  kelainan upaya (OKU) dengan pembinaan sebuah denai khas  untuk golongan istimewa tersebut.

No comments:

Post a Comment