MESRA. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meraikan ahli-ahli media Perak
pada majlis Malam Media MBI 2011 di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh
baru-baru ini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, mulai awal tahun
ini, MBI telah mengambil beberapa pendekatan lebih mesra dalam
berinteraksi dengan wartawan tempatan.
Beliau berkata, antaranya ialah sarapan pagi bersama Ketua Biro,
pertandingan boling persahabatan dan lawatan ke beberapa pejabat
cawangan organisasi media di bandar raya tersebut.
"Majlis malam media yang dianjurkan ini adalah merupakan kemuncak
daripada rentetan program bagi merapatkan hubungan pengurusan kanan MBI
dengan pengamal media Perak," katanya.
No comments:
Post a Comment