Translate

Tuesday, October 11, 2011

Lanjut umur pencen tak jejas golongan muda

MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Cadangan melanjutkan umur persaraan kaki tangan awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun tidak akan menafikan peluang golongan muda untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah  berkata, kajian mendalam telah dilakukan sebelum cadangan  terbabit dibentangkan pada Bajet 2012.

“Kajian tersebut mendapati peluang tenaga baru untuk  memasuki pasaran kerja tidak terjejas berikutan pelanjutan  umur persaraan kakitangan kerajaan.

“Apatah lagi perancangan Program Transformasi  Ekonomi yang diperkenal kerajaan memerlukan memerlukan ramai tenaga kerja sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak di Parlimen kelmarin.

Ahmad Husni memberitahu cadangan melanjutkan tem poh umur persaraan itu juga berpandu kepada jangka hayat  penduduk negara ini yang semakin meningkat iaitu melebihi 70 tahun.

Menurut beliau, selain tahap kesihatan rakyat kini lebih baik, individu yang berusia 60 tahun didapati masih produktif untuk bekerja.

“Antara kelebihan terus menggaji pekerja yang berpengalaman ini ialah mereka bukan sahaja kaya dengan  kemahiran dan ilmu pengetahuan malah lebih berhikmah dalam melaksanakan tugas dan membuat keputusan,” katanya.

No comments:

Post a Comment