PRIHATIN. Kolej Perubatan Diraja Perak Universiti Kuala Lumpur
(UniKL-RCMP) menganjurkan program kemasyarakatan ke Rumah Seri Kenangan
Tanjung Rambutan, Ipoh baru-baru ini.
Penasihat program, Prof. Dr. Abdul Karim Russ Hassan berkata,
aktiviti kemasyarakatan itu melibatkan 40 pelajar Sains Kesihatan
Bersekutu dan 22 kakitangan.
Beliau berkata, selain beramah mesra, program berkenaan bertujuan
untuk mendedahkan pelajar UniKL-RCMP mengenai pengalaman merawat warga
emas dan bekas penyakit kemurungan.
Katanya, beberapa program seperti pemeriksaan kesihatan, urutan
pemulihan anggota, sesi kaunseling, ceramah agama dan senamrobik
dilaksanakan untuk manfaat 263 penghuni Rumah Seri Kenangan.
No comments:
Post a Comment