Translate

Tuesday, March 5, 2024

UniSZA kumpul 3,000 kg barangan kitar semula

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Sebanyak 3,000 kilogram (kg) bahan penerbitan terpakai dan usang berjaya dikumpul warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi memupuk budaya kitar semula.

Pengarah UniSZA Kampus Besut, Prof Dr. Mohd. Nordin Abdul Rahman berkata, kertas, surat khabar lama, buku, majalah dan novel terbabit berjaya dikumpul dalam tempoh 10 hari bermula 18 Februari lalu.

Beliau berkata, seramai 91 individu dalam kalangan warga UniSZA terlibat menyumbang bahan penerbitan terpakai dan usang tersebut secara sukarela.

“Projek pengumpulan bahan penerbitan terpakai dan usang untuk dikitar semula itu bertujuan bagi meningkatkan lagi kesedaran kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar dan kakitangan UniSZA.

“Ia sejajar dengan agenda Pelan Strategik Universiti 2023 – 2030,” katanya di kampus UniSZA Gong Badak di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan bahan penerbitan terpakai dan usang tersebut untuk dikitar semula oleh syarikat, RD Papers Sdn. Bhd.

Mohd. Nordin berkata, program tersebut diharap dapat menyuntik semangat warga UniSZA untuk membudayakan amalan kitar semula.

Tambah beliau, amalan itu juga diharap dapat dicontohi masyarakat setempat dalam kehidupan seharian mereka. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment